Warna Sebuah Rahsia (The Colour of Secret)


Publisher: Caliph Readers
$15.00

Shortlisted for the Singapore Literature Prize 2020 (Malay, Fiction)

Warna Sebuah Rahsia menghimpunkan 10 buah cerpen hasil karya Peter Augustine Goh, penulis prolifik Singapura yang menulis dalam pelbagai genre sastera. Cerpen-cerpen yang dihasilkan antara 2014 dan 2018 ini, mengangkat pelbagai persoalan sejagat. Pelbagai cerita menarik yang berunsurkan sejarah, satira, kemanusiaan dan psikologi dihidangkan dalam kumpulan ini.

Bertunjangkan aliran realisme, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini disentuh dengan begitu berseni dan sarat dengan metafora dan falsafah. Kepintaran penulis menggunakan pelbagai teknik plot serta mengatur plot juga berjaya ‘membelit’ fikiran pembaca, walaupun jalanan ceritanya disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan segar dengan alunan intonasi nostalgik yang mampu mengusik hati dan menyentuh rasa pembaca.

The Colour of Secret consists of 10 short stories by Peter Augustine Goh, a prolific Singapore writer who works in various genres. All the short stories in this collection were written between 2014 and 2018, touching on various mundane, universal issues. Many interesting satirical, historical, humanitarian, and psychological themes are presented in this collection which is full of literary devices. His writing techniques succeed in capturing the minds of readers, in stories that are delivered in a calm, relaxed mood.

About the Author
Peter Augustine Goh adalah nama pena Goh Mey Teck @ Iskandar Goh. Beliau menulis dalam pelbagai genre – cerpen, novel kanak-kanak dan novel dewasa, sajak, drama TV, dan radio dan esei sastera. Semua karyanya dihasilkan dalam bahasa Melayu. Beberapa karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Dewasa ini, beliau adalah pembimbing penulisan kreatif dan penterjemah bebas. Beliau telah memenangi Anugerah Pena Emas sebanyak tiga kali pada tahun 1995, 1999 dan 2003 bagi kategori cerpen dan sajak. Pada tahun 2016, beliau telah memenangi Hadiah Sastera Singapura bagi kategori fiksyen Melayu untuk kumpulan cerpennya Air Mata Di Arafah. Beliau telah menghasilkan sebanyak 40 buah buku, termasuk 10 buah antologi bersama penulis dari Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Peter Augustine Goh (Goh Mey Teck @ Iskandar Goh) writes short stories, novels, poetry, TV and radio dramas, and Malay literary essays, with some translated into English, Mandarin, and Tamil. He is a creative writing trainer and freelance translator. He won the Singapore Golden Point Award thrice for short stories and poetry, and the 2016 Singapore Literature Prize for his short story collection, Air Mata Di Arafah (Tears in Arafah). He has published 40 books, and co-authored 10 with regional writers.

ISBN: 9789811405280
Cover Type: Softcover
Page Count: 140
Year Published: 2019
Language: Malay

You recently viewed

Clear recently viewed